~__~

Tinta penulis

Tinta penulis
Penulisan ini hanyalah perkongsian semata-mata.. diharapkan agar maklumat yang dikongsi dapat menjadi salah satu usaha dakwah =) biiznillah..

Penawar HAti..

Penawar HAti..
Kadang2 menguji kesabaran jugak=) huhuhu~~

cinta utama...

cintai nabi kita... Muhammad...

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Keindahan Alam..

Keindahan Alam..

Monday, October 24, 2011

Perhiasan dunia...=)

insan bernama "wo"

kaum kerabat wo di hadapan teratak rumah wo=)



nenekku bergelar wo....



Assalamualaikum...terimbau sebuah kenangan... tentang seorang insan bergelar nenek..insan bergelar wo... saat akhir diriku menemuinya sewaktu di PLKN AYER KEROH.. pada suatu hari, sewaktu aku menelefon ibu, ibu memberi khabar bahawa wo tidak sihat... entah kenapa hati sangat riang nak menelefon wo... ganggang di public phone kantin plkn itulah menjadi kenangan.. sewaktu bertanya khabar wo, entah kenapa hati terasa amat sedih.. sayup2 suara wo di talian.. kebetulan, plkn akan mengadakan hari bertemu keluarga tak lama lagi... aku bersungguh2 menyuruh wo datang melawatku..kesungguhan yang penuh sebak memikirkan kesihatan wo... maafkan hani wo, saat itu sepatutnya cucu wo yang menziarahi neneknya yang sakit... tapi aku tidak mampu menziarah wo kerana berada di PLKN..Alhamdulillah dapat jua aku bertemu wo di plkn... Wo hadir bersama ayah, ibu, dan adik2ku... terasa riang sekali=)~~~



sewaktu wo hadir, kami tidak meyangka bertemu dengan keluarga adik lelaki wo...huhuhu..rupa2nya anak atuk saudaraku la yang selalu membaling cebisan kertas kepadaku sewaktu didalam kelas di plkn..huhu..dunia yang teramat kecil...

lama juga aku dan keluarga duduk berborak dan makan bersama wo... itulah saat terakhir aku dapat bercakap dan melihat senyuman wo=)... selepas hari itu, aku tidak berhubung lagi dengan wo.. wo berada di hospital kerana sakitnya semakin tenat...



pagi itu........................................

aku sedang menjalani latihan di PLKN.... TIBA2 Namaku dipanggil.... kelihatan ayah berjalan ke arahku... sangat mendebarkan kenapa ayah hadir di PLKN....WAJAH AYAH KELIHATAN SAYU...MENGATAKAN WO SUDAH TENAT....ayah mahu menjemputku balik untuk menjenguk wo....aku masuk ke kawasan asrama untuk mengambil beg....setelah selesai, aku mencari ayah.... terlihat ayah berwajah sedih... didadanya penuh sebak yang ditahan.... ayah kata wo sudah pergi..............................untuk selamanya...................innalillahiwainnailaihirojiun...

lantas berjurai air mata yang entah dari mana datangnya... hatiku sudah tidak tenang untuk berfikir..terasa bagai aku sedang bermimpi... aku harap aku bermimpi... baru beberapa minggu aku bertemu wo... di sini...di pusat latihan plkn inilah wo datang menjengukku... Alllahuakbar...

sungguh aku terasa sedih... tiada lagi atuk dan nenek di dalam hidupku...semuanya sudah pergi kembali kepada ILLAHI...Aku juga mempunyai dua orang atuk yang tidak pernah ku temui...rasa sedihnya teramat berbeza apabila kita tidak pernah bertemu dengannya berbanding situasi kita bertemu dan kehilangannya...

kini...setelah wo tiada di dunia, zuriat keturunan wo la yang menjadi pengubat rindu.. saudara maralah yang menjadi pengimbau kenangan... andai wo dapat menyaksikan anak, cucu dan cicitnya berkumpul seramai ini, pasti air mata wo mengalir kerana terharu... sungguh benar kasih sayang itu sangat membahagiakan... buat wo, semoga WO ditempatkan di kalangan hambaNYA yang beriman dan ditempatkan di syurga Illahi...Insyaallah... amennn...

dulu... aku sering memikirkan bagaimana keadaan wo yang tinggal seorang di rumahnya...setiap kali kami pulang ke kampung untuk melawat wo, wo pasti kelihatan gembira... bila sahaja kami berjalan naik bukit untuk pulang ke rumah, wo akan melambai2 dengan senyuman... senyuman yang tidak akan sama dengan sesiapa pun..kerana senyuman yang wo ukirkan buat kami, terasa amat bermakna... senyuman kasih sayang seorang nenek... semoga wo tenang di alam sana...



~al fatihah....

Thursday, October 20, 2011

QUDWAH HASANAH ^_^


























Asslamualaikum w.b.t.. post kali ini saya ingin kongsikan berkaitan dua pasangan suami isteri yang boleh kita jadikan sebagai contoh. Insyaallah=)


Kita sedia maklum bahawa institusi keluarga adalah merupakan asas sebuah masyarakat bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh. Hakikat yang tidak boleh dinafikan juga bahawa kejayaan dan keharmonian dalam sebuah keluarga adalah bermula dari ketua keluarga. Justeru itu Islam meletakkan kepimpinan atau ketua keluarga itu ialah kepada seorang bapa yang bertanggung jawab dalam memastikan keluraganya dalam keadaan aman dan sentiasa diberkati Allah. Peranan sebagai seorang ketua keluarga itu adalah merujuk kepada sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya”.


Sebagai seorang ketua keluarga hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh dan tauladan terbaik untuk di ikuti dan dicontohi oleh anak dan isterinya. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah menjiwai dan mengamalkan sifat yang baik dan mulia.


Hakikatnya masyarakat kita pada hari ini kurang menjaga dan menjiwai akhlak sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. menyebabkan kita dilanda dengan gejala social yang kian meruncing. Anak-anak tiada contoh dan teladan yang boleh dijadikan rujukan akibat dari ketandusan akhlak dan kerosakan sifat ketua keluarga sendiri. Ibu bapa kurang penekanan berkaitan adab dan budi bahasa kerana bahasa pertuturan yang digunakan dirumah amat mengecewakan dan mengaibkan.


Bahasa-bahasa yang kasar, kesat, kurang beradab, lucah dan seumpamanya sering dituturkan oleh ketua keluarga menyebabkan anak-anak terlalu mudah untuk menuturkan perkataan tersebut di luar rumah dan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demikian sebagai ketua keluarga perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab besar yang perlu ditanggung oleh seorang ketua keluarga dalam melahirkan sebuah keluarga yang bahagia. Ketua keluarga perlu menunjukkan Qudwah Hasanah (teladan yang baik) kepada ahli keluarganya seperti yang telah disarankan oleh Nabi s.a.w.:
Maksudnya:


“Muliakanlah anak-anak mu dan tunjukkanlah kepada mereka adab adab yang baik”.


Bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan generasi yang bertaqwa dan beramal soleh dalam sebuah institusi keluarga maka bapa selaku pemimpin keluarga hendaklah mengambil perhatian berat terhadap perkara berikut :


1) Sentiasa mengutamakan dan peka tentang pendidikan agama kepada diri dan keluarganya.
Kepekaan tersebut bagi memastikan seluruh ahli keluarganya mendapat pendidikan dan kefahaman yang sempurna berkaitan Islam . Islam amat menekankan soal tujuan dan matlamt kehidupan didunia ini dan sentiasa memperhitungkan soal kehidupan di alam Akhirat. Ini adalah bertepatan dengan perintah Allah sepeti mana yang telah dijelaskan dalam Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.
“Berjayalah sesiapa yang menyimpan keimanan yang ikhlas dalam hatinya, orang yang mempunyai hati yang sihat, lidah yang benar dan jiwa yang tenang serta akhlak yang lurus dan mulia”.


Berdasarkan ayat dan hadis tersebut, maka jelaslah bahawa peranan ketua keluarga dalam menyelamatkan diri dan ahli keluarganya dari azab api neraka adalah merupakan satu kewajipan. Tersebut tidak dapat dilaksanakan melainkan mereka yang benar-benar menjiwai dan menghayati soal keimanan kepada Allah.

2) Ibu bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi adalah dari sumber yang halal lagi baik .
Ibu bapa harus sentiasa memperhitungkan setiap rezeki yang diperolehi untuk menyara diri dan anak-anak. Jauhilah dari sumber yang syubhat dan apatah lagi dari sumber yang haram. Ketua keluarga wajib menjauhkan diri dari pendapatan yang mengandungi unsur penipuan, rasuah ,riba dan seumpamanya. Sudah pasti bahawa rezeki yang halal akan menjamin ahli keluarganya untuk menjadi anak yang soleh sihat dan pintar dan sebaliknya jika pendapatan yang diperolehi dari sumber yang syubhat dan haram maka generasi yang lahir akan menjadi manusia yang rendah akhlak dan lemah fikiran. Mereka sukar menerima teguran dan jauh dari rahmat dan keberkatan dari Allah. Inilah juga bencana yang menimpa masyarakat kita pada hari ini yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa dan tiada berkesudahan. Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini.


Sabda Rasulullah SAW :
“Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.

3) Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga .
Dalam mengejar kehidupan dunia yang sementara ini sudah pasti ibu bapa akan dilanda masalah kesibukan usaha mencari rezeki untuk menampung kehidupan . Namun begitu sebagai ketua keluarga hendaklah memperuntukkan sebahagian masa untuk keluarga dan anak-anaknya. Jangan menyerahkan tugas mendidik anak-anak dan keluarga kepada orang lain. Jadikankanlah aktiviti seperti solat berjemaah, makan bersama sebagai rutin wajib bersama keluarga. Demikian juga aktiviti luaran seperti berkelah, riadah, melancong, bergotong-royong, mengemas rumah dan seumpamanya. Ibu bapa perlu memastikan bahawa suasana dalam rumah adalah ceria dan menganggap rumahku adalah syurgaku. Apabila aktiviti seperti itu di wujudkan di dalam keluarga maka akan wujudlah suasana yang harmoni dan bertambah kasih sayang.
Selain dari tiga perkara yang telah disebutkan sebenarnya banyak lagi perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh ketua keluarga dalam memastikan kebahgiaan keluarga terus berkekalan . Sebagai bapa yang prihatin perlu sentiasa meluangkan masa untuk anak remajanya. Berkongsilah pengalaman dan membina kasih sayang dengan memahami dan membimbing kemahuan mereka. Bantulah mereka dalam mencari keyakinan diri dan sentiasa menggalak serta mengasah potensi diri mereka. Yakinkanlah mereka bahawa bapa sebagai insan tempat dijadikan rujukan terbaik. Sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti persekolahan mereka di samping sentiasa cuba tahu dan mengenali rakan mereka. Sesungguhnya dewasa ini peranan seorang ketua keluarga amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengetahuan yang mendalam.


Marilah kita menanamkan azam dan menguatkan tekad untuk kita menjadi ketua keluarga yang cemerlang yang sentiasa melaksanakan kewajipan terhadap perintah Allah. Insafilah bahawa kewajipan dan tanggung jawab terhadap keluarga adalah merupakan suatu amanah Allah yang melibatkan soal dosa dan pahala. Mereka yang mencuaikan amanah tersebut akan dihukum dan diseksa dengan seksaan yang amat berat di akhirat nanti.


Amat menyedihkan sekali apabila mutakhir ini ramai ketua keluarga gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik, isteri dan anak ditinggalkan tanpa sebarang nafkah, anak-anak menjadi mangsa perceraian kedua ibu bapa, pendidikan anak terabai tanpa pengawasan, ibu-bapa lebih mementingkan kerjaya dari memikirkan soal keluarga. Sebahagian mereka lebih mementingkan hawa nafsu dengan menjalinkan hubungan dengan orang ketiga yang menyebabkan urusan rumah tangga porak-peranda.


Apakah suasana keluarga seperti ini dapat kita harapkan untuk menjamin sebuah masyarakat yang harmoni?. Adalah mustahil akan lahir sebuah masyarakat yang bermoral apabila institusi keluarga tidak dipastikan keharmoniannya. Oleh itu, marilah kita kembali menghayati tugas dan peranan kita sebagai ketua keluarga demi menjamin keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.


Maksudnya:
“Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa”.
(Surah Al-Furqan, ayat 74)


Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya Negeri Selangor, sebagai Negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadratmu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,persengketaan , kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, Negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat .Amen..



BUAT ADIK-ADIK=)

Saat ini hati terasa amat bahagia.. dapat hidup bersama keluarga.. adik2 yang teramat banyak ragamnya.. kadang-kadang rasa tak percaya adik-adikku kini sudah semakin dewasa.. alhamdulillah.. =) mereka yang sangatku sayangi.. kadang2 sangat harap moga mereka tidak membesar. namun apakan daya, proses perkembangan itu tidak dapat disekat2. ya Allah, moga ukhuwah dan keakraban kami adik beradik akan kekal hingga akhirnya.. insyaallah=). Kau lindungilah adik-adikku dari sebarang anasir-anasir yang boleh mempengaruhi mereka.. jadikan mereka adik2 yang soleh solehah, menghormati ibu bapa dan kakak-kakaknya..=) amen ya Allah..

Tuesday, October 18, 2011

kesedihan itu pasti ada hikmahnya...

assalamualaikum...sungguh berat untuk mengatur kata-kata.. namun hati lebih tenang saat ini.. sungguh berat ujian ini ya Allah. namun hatiku harus yakin kau iringi begitu banyak hikmah di sebalik segala-galanya.. semoga apa yang salah ditafsir akan benar2 difahami. pernah sampai satu tahap seseorang itu mampu senyum berlinangan air mata.. dada sakit menahan sesaknya.. tahukah kalian apakah erti sebuah kesedihan? hati yang dilanda kesedihan itu ibarat organ hati yang digilis2 kereta api... semoga aku jauh2 lebih sedih tatkala aku merasa jauh dariMU YA ALLAH..

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Sohbi abadan abada..^_^

Sohbi abadan abada..^_^

memori di singapura..

memori di singapura..
restoran ayam penyet AP=)

Rakan di smktm=)

Rakan di smktm=)

Memori bersama MPM...

Memori bersama MPM...
malam konvokesyen=)

..wiSh u All..