~__~

Tinta penulis

Tinta penulis
Penulisan ini hanyalah perkongsian semata-mata.. diharapkan agar maklumat yang dikongsi dapat menjadi salah satu usaha dakwah =) biiznillah..

Penawar HAti..

Penawar HAti..
Kadang2 menguji kesabaran jugak=) huhuhu~~

cinta utama...

cintai nabi kita... Muhammad...

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Keindahan Alam..

Keindahan Alam..

Saturday, July 04, 2009

..terus aku mendongak ke langit dengan hati yang yakin bahawa Allah menyaksikan kesedihan ku menghadapi kebencian manusiA... ALLAHUAKBAR='(

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
...salam penuh duka...
Demi Allah yang menciptakan diri ini, ampunkan aku yang hina ini ya Allah, sekadar wadah perkongsian buat akhwat dan ikhwan yang mengenaliku... moga ujian ini dapat mengajar aku sesuatu.. bukan kehendakku untuk mencari kebencian mausia..
saat ini, ketika ini, hati sering menangis sendiri.. puas sudah hati menahan agar air mata tidak mengalir deras... Allahuakbar...
aku goyah dengan ujian "dibenci manusia"...hanya kerana mereka mendengar cerita dari sebelah pihak, adakah sudah cukup untuk mereka punyai kuasa untuk menghukum, menjeling hani penuh benci??? undang2 apa yang mereka pegang? lagi menyedihkan apabila akhwat yang pernah menjadi sahabat turut terpengaruh dengan cerita tanpa bertanya kepada hani...
menangis bukan tanda diri hani lemah!! bukan "mengada2" seperti insan mulia itu perkatakan.. namun, ia satu pengubat untuk membakar duka ini..
buat semua pembaca, seandainya kalian mendengar sebarang kisah buruk tentang diri ini, maka satu permintaan dari hani, tolong siasat dan kajilah kisah itu... puas hani usaha membela diri, tapi dituduh menafikan...dituduh "tidak mengaku" hanya kerana seorang lelaki yang hani anggap sebagai sahabat, hani difitnah sejauh ini... hanya kerana
'cinta suci' yang diagungkan oleh pihak itu, banyak tali siraturrahim digoyahkan... subahanallah..mulia sungguh hati kalian kerana 'kesiankan' sebelah pihak, kalian bermusuh dengan hani tanpa siasat.. terima kasih buat si dia yang menyebar cerita.. jika hani mahu, hani boleh menjaja cerita sebenar disebalik semua ini... diam hani sekadar satu "sabar" yang hani cuba pertahankan... hani berusaha menjaga aib kamu wahai sahabat yang menyebar cerita.. terlalu banyak kisah tentang kamu yang hani simpan...
terlalu banyak hati yang hani perlu jaga... tapi hani pasrah... kamu merawat hati kecewa kamu dengan menjatuhkan hani...dengan mengungkit segala2nya.. dengan 'kesiankan diri kamu'? tapi ketahuilah, hakim hani bukan di dunia yang penuh penipuan ini.. Allah lah yang MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA.. HANYA DIA MENGETAHUI SETIAP SESUATU DAN BERHAK MENGHUKUM MANUSIA... RENUNG2KAN, Moga hati kamu tenteram dengan semua ini wahai 'penyebar cerita'.. kerana hani tidak pernah memusuhi kamu... hani juga seorang perempuan... hani tidak sesekali berniat menganiaya seorang muslimah lain untuk kepentingan hani... jika hani mahu, lama sudah hani lakukan... tapi bukan ikhwan yang kamu cintai itu... hani punyai kisah sendiri yang tidak berkaitan dengan kamu...
terima kasih tidak terhingga buat sahabat yang bertanya dan siasat hal ini.. hani tidak mampu memaksa kalian mempercayai hani..tapi kalian punyai hati dan fikiran untuk mempertimbangkan segala yang berlaku.. dan hani sangat minta maaf pada sahabat yang setia bersama hani.. sayu hati bila kalian yang rapat dengan hani turut terkena palitan benci insan itu dan kaumnya.. manisnya ukhwah sangat hani rasai apabila kalian disisi disaat hani jatuh dan diuji.. moga Allah merahmati kalian..salam muhasabah...

Thursday, June 04, 2009

love fruit??^_^





salam riang^_^
kali ni hani nak share dengan kalian berkaitan khasiat srawberi.. urm.. nyam2..
Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi. emm... hani minat jugak makan strawberi ni..cuma jarang dapat peluang mamam ia banyak2..hehehh=P

Sunday, May 31, 2009

jOdOh aDa 3?? hmm...


katanya,


jodoh ada 3,

pertama ialah jodoh dari syaitan di mana apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, saling memegang tangan, bermesra dan akhirnya berzina lalu mereka berkahwin... maka itu adalah jodoh dari syaitan...


ke dua ialah jodoh dari jin iaitu apabila seorang lelaki sukakan seorang perempuan, ia menggunakan ilmu hitam, mengupah bomoh dan sebagainya, lalu perempuan tersebut menerima dan dinikahi, maka itu adalah jodoh dari jin...


ke tiga ialah JODOH DARI ALLAH iaitu apabila seorang pemuda sukakan seorang perempuan, dipinang dengan cara yang baik, dinikahi maka itulah yang dipanggil 'syurga cinta'...


yang mana yang ingin kita peroleh?

wallahualam..(^_^)

Wednesday, May 20, 2009

Tengok hani dah kena!! tapi saya belajar dari kesilapan=)

AnTaRA BaRangAn DaRi ....



salamun alaik...
geramnya!!! memang amat sakit hati taktala mengetahui diri terkena!!=(
pada suatu bulan, dinamakan bulan Ramadhan, hani dan adik,syuhada ke melaka sentral untuk cari kasut raya.. ayah just bg duit je sbb ayah kerja.. jadi dengan eppynya kami pun berjalan2 mencari kasut... jumpa dah kasut yang ok! act, ni cerita lama.. tapi kesedaran tentang penipuan memang baru dikenalpasti.. hani dapat guna beberapa kali je 'kasut chumel' itu.. pelik jgk sbb harganya nak dekat rm 40, tapi cepat rosak??????????????
Allahuakbar, lama dah hani simpan kasut tu dalam kotak.. hari ni niat hati nak minta ayah hantar kedai untuk repair..hohoho, terperanjat bila hani belek2, ada petanda malang='(
kasut tu ada lapisan 3 titik seperti rajah di atas???
ia kasut kulit babi!!!!!!
astaghfirullahalazim, mengucap panjang saya.. tengok muka haiwan ni memang mual..
tak sangka penah guna khidmat ia dalam kasut raya saya..=(
sedey betul.. buat anda semua, jangan sesekali tersalah beli..
rasa macam haiwan tu tengah gelakkan hani..
aishh, bukan nak salahkan haiwan tu!!!
tapi seharusnya pihak peniaga WAJIB pamerkan bahawa itu barangan babi agar pengguna islam tidak tertipu dengan kechumelan barangan itu!! just like me!! jangan sengeh2, silalah buat pantauan kepada barangan2 anda.. syukran..
*Alhamdulillah saya dah letak kasut itu dalam rumah baru ia:
(cik tong sam pah)huhu=D
Begitu banyak sekali contoh barangan samada ianya merupakan satu keperluan ataupun ianya merupakan barangan hiasan atau kosmetik yang sering kita gunakan tiap-tiap hari. Sebut sahaja apa kategori barangan, kemungkinan di sekeliling anda dilengkapi dengan barangan buatan babi adalah amat besar. Jadi berhati-hatilah selalu!
Secara mudahnya, barangan yang diperbuat dari kulit babi mempunyai tanda yang amat senang kita kenal pasti. Namun ianya memerlukan satu tindakan yang agak rumit kerana anda perlu membelek-belek terlebih dahulu sebelum menemui tanda-tanda tersebut. Kesan "TIGA-TITIK" merupakan "bekas" bulu babi yang memang bertompok tiga titik seolah-olah membentuk tiga segi di keseluruhan tempat yang mana ianya tidak terdapat pada kulit binatang lain seperti lembu. kambing, kuda dan pelbagai kulit binatang halal yang lainnya.
Cara nak tengok dan kenalpasti barangan yang diperbuat daripada kulit babi ialah :
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.

2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.

3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Tuesday, May 12, 2009

..ISU DARA???..



Apakah Ia Penting?

Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.

Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana,selain isu social, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam iaitu perkahwinan.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.

Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.

Dalam kehidupan realiti , bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis , lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.Lelaki-lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber-sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semetinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek-aspek lain ( seperti kemalangan atau sakit ) yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. kita seharusnya melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan , isu dara maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan ( zina ) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.

Isu ini adalah isu sosial ; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat ( generasi muda ) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakt timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara ( sudah melakukan hubungan seks ) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat-saat akhir ( seperti kepada tunag atau suaminya ). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun – dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita ( woman ) bukan lagi anak-anak perempuan ( girl ). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur-unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kta kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Rasanya kita semua sedia maklum. Wallahualam...

Friday, April 10, 2009

jamuan bersama mantan PERSEPSI bersama ajk...



salam..huhu, eppynya dapat main pasir.. kami buat istana pasir.. kumpulan hani dapat johan dalam pertandingan.. tengokla yang pegang hadiah tu... ia ketua kami..sangat lucu orangnya.. tak kering gusi=) jamuan ini dianjurkan oleh PERSEPSI(PERSATUAN SISWA SISWI FAKULTI PENGAJIAN ISLAM)sempena meraikan ajk yang dah banyak menabur bakti.. disebabkan angin amat kuat, saya kelihatan comot sekali dalam gambar.. say peace to me=)huhu..

Saturday, March 28, 2009

CiNTa Itu FiTrAh INsAnI...


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
CINTA
Ketika cinta memanggilku, maka aku akan melewatinya walau jalannya terjal berliku, jika cinta memelukku akan kudekap engkau walau pedang di sela-sela sayapnya melukaiku. Aku hanya ingin menyentuh tangan keabadian karena Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia karena cinta itu membangkitkan semangat hidup-hidup ku dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan dating, dan atas nama cinta aku bersumpah hanya akan menyanjung cinta dan mencintaimu. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad. terbalut dalam kerendahan hati walaupun harus bersembunyi dan bergerak dalam kegelapan aku takkan lari demi cinta.
Pertama aku mencintai kau yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yang belum dilahirkan. Aku hanya mencintaimu kekasihku, walaupun aku tak tahu ini adalah takdir. Kita akan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan cintaku atasmu.
Suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.
Aku mencintaimu kekasihku. Keindahan adalah cintaku kan ku buka tabir penutup wajah, dan kau adalah kehidupanku itu, kau cadar itu. Kau adalah keindahan keabadian yang termangu di depan cermin, dan kau adalah keabadian itu, kaulah cermin itu.
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar tuk menuju bahtera cinta yang abadi
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.
Aku hanya ingin bahagia, Kekasihku karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan, apa yang telah kucintai laksana bunga-bunga indah... dan apa yang kucintai kini... akan kucintai sampai akhir hidupku, karena kau ialah semua yang dapat kucapai... dan tak ada yang akan mencabut diriku dari padanya.
Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa. Seorang wanita yang telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga untuk ku cintai, yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa aku fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa aku sentuh dengan kebajikan.
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatiku yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan, sungguh berdosa jika aku memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.
Kekuatan cintaku adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepadaku, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.
Aku tidak dapat menuai cinta sampai ku merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.
Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu, kamu memandang ke dalam diriku dan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata, "Aku cinta kamu." Aku hanya ingin kau mencintai dirimu dalam diriku.
Sejatinya Cinta baik dibumi maupun dilangit adala karunia Illahi semata, waspadalah terhadap cinta !, cinta akan memakan hati seperti api memakan kayu.
Apakah aku akan menemukan cinta ? sedangkan ujian belum aku tempuh. Apa yang aku simpan untuk diriku akan lenyap, dan apa yang aku berikan kepada yang lain akan aku miliki selamanya.
Ya Allah….. dimana lagikah dapat kutemui Cinta Sejati kecuali pada cinta-Mu, kemana lagikah hati ini harus berlabuh kecuali pada kasih-Mu, jadikanlah hati yang lemah ini hanya tertambat kukuh hanya pada-Mu.
Didalam seribu mimpiku yang bertabur sepi yang mengantar kepada-Mu, aku hanya ingin ampunan dan terangilah jalanku.
Meski didunia ini tiada yang sempurna, aku hanya memohon dalam taubatku untuk diterangi jalanku.
Ku persembahkan semuanya hanya kepada-Mu, dalam jalanku yang rapuh membuka mata hati mungkin aku telah lupa dalam lelah dan resah kuteteskan air mata kubersujud kepada-Mu.
Kuserahkan semua cintaku yang tak setia dan tak sempurna ini hanya kepada-Mu. Aku hanya mohon ridho atas segenap keputusan-Mu, kesejukan setelah matiku, kenikmatan untuk memandang cinta dan kerinduan terhadap cinta.
Ampunilah diri yang tak berharga ini ya Allah….. penuhilah kehinaannya dengan keindahan magfirohmu, semua canda tangis dan tawa terlukis dalam hidupku, sebuah usaha akan aku lakukan untuk belajar mengarifi hidup dari jatuh bangunnya diri meraih segenggam cinta…. Yang memberi kekayaan batin kepadaku, betapa penuh warna perjalanan hidup ini karena cinta yang ada pada diriku adalah fitrah-Mu.

Saturday, March 21, 2009

bersama memperjuangkan ekonomi dan produk islam!!!!


salam dan selamat petang,

hani baru balik dari ceramah berkaitan HPA@ herba penawar al waheeda..

macam2 ilmu hani dapat.. sebenarnya dah lama hani mengagumi produk dan usaha pengasas produk ini... kepada individu yang belum mengenali apa itu HPA, silalah mendekatinya, saya yakin anda pasti jatuh hati...

hani akan berusaha mengiklankan HPA kepada anda semua..

pada peringkat awal, hani ingin sarankan anda untuk mencuba kopi radix, 'mai secawan'...


KOPI O PRA CAMPURAN RADIX
Kopi O Pra-Campuran Radix dirumus khas untuk penggemar-penggemar kopi O dengan tambahan beberapa khasiat herba. Herba-herba yang digunakan dalam Kopi O Pra-Campuran Radix adalah sama dengan herba-herba yang digunakan dalam Kopi Pra-Campuran Radix iaitu tujuh herba terpilih seperti Teja Lawang, Mengkudu Hutan, Mata Pelanduk, Larak, Halban, Tebu Gajah dan Tongkat Ali.
Khasiat Kopi O Pra-Campuran Radix :
Melawas dan melancarkan sistem perkumuhan.
Merawat peringkat awal penyakit TB
Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot
Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.
Membuang angin dalam badan.
Dapat menambahkan tenaga dan menambahkan kesuburan.
Mengubati darah tinggi dan kencing manis.
Mengubati pelbagai penyakit yang lain dengan izin dariNYA.
Kandungan bahan:
Eurycoma longifolia
Cinnamomum inners
Ardisia crispa
Albizzia Myriophylla
Morinda Eliptica
Polyalthia Hypoleuca
Vitex Pubescen
Kopi
Harga PenggunaSemenanjung Malaysia: RM 15 / RM 12Sabah & Sarawak: RM 18 / RM 15
Nilai Mata (NM): 5
————————————————————————————————————–
KOPI RADIX Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit PinggangPenyakit arthritis dan rheumatism terjadi akibat peradangan yang berpunca daripada ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyak kencing) melalui pengimbangan suhu dan asid.Demam PanasMinuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa seperti hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini akan membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air yang mana suhu tubuh akan kembali stabil seperti sepatutnya.
KetumbuhanBahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum WanitaRadix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulang dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah TinggiRadix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk TenagaKesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika diambil bersama Omega3. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
1. Kotak kecil: 15 paket
Harga SM : RM 16 / RM 13SS : RM19 / RM 16
Nilai Mata (NM): 5
2. Kotak Jumbo: 32 paket
Harga SM : RM 32 / RM 26SS : RM 38 / RM 32
Nilai Mata (NM): 10
3. Kopi berbentuk papan: 20 paket
Harga : SM : RM 21 / RM 16SS : RM 23 / Rm 19

salamualaikum....
semua manusia mengimpikan keluarga bahagia.. oleh itu kita haruslah berusaha mencari jodoh yang sebaiknya.. jangan berputus asa mencari yang terbaik dan berusahalah menjadi insan yang baik agar kita juga menjadi seseorang yang baik untuk dipilih... apa yang paling penting, cintailah pencipta kita,Allah swt.. sesungguhnya Dia yang maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. wallahualam..
sedikit kalam luahan:

waa... sangat banyak halangan dalam mengemas kini blog hani ini...

apapun kalimah ini wajib dan harus dilafazkan, syukur alhamdulillah..

hani nak bersiap ke kenduri rumah mak cik ni.. kepada para pelawat, berilah komen anda di chatbox tentang blog ini...

semoga segala ilmu dapat kita kongsi bersama.. salam perjuangan!!!

Sunday, March 15, 2009

ingatan buat hati yang lara..

seringkah kita berfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita?
tetap senyum walau dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi,
kenapa kita mudah benci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tak memahami..
mudah terguris bila kita dinasihati,
ayuh kita bangkitkan diri,
agar menbjadi insan yang mulia...
Setiap pagi, depan cermin peribadi dia bermuhasabah diri,
menyucikan hati, membersihkan rohani dan membuka minda mencari kesilapan semalam sebagai pedoman masa hadapan sekaligus mensyukuri nikmat yang dikecapi serta memohon ampun dari Allah andai semalam tersalah langkah atau terkasar memberi hujah kerana dia yakin dan percaya Allah itu maha Kuasa...
Dia pengatur segala-galanya yang ada di atas dunia..

Saturday, March 14, 2009




If I knew......
If I knew it would be the last time I’d see you fall asleep,
I would tuck you in more tightly and pray to Allah your soul to keep........

If I knew it would be the last time I’d hear your voice lifted up in praise, I would video tape each action and word, so I could play them back day after day.......

If I knew it would be the last time I could spare an extra minute to stop and say I love you instead of assuming you would know I do.......

If I knew it would be the last time I would be there to share your day, well I’m sure you will have so many more,

so I can let just this one slip away for surely there’s will always tomorrow to make up for an oversight and we always get a second chance to make everything just right......

There will always be another day to say ‘I love you’ and certainly there is another chance to say our ’anything I can do?’

But just in case I might be wrong and today is all I get I’d like to say how much I love you and I hope we never forget...

Tomorrow is not a promise to anyone young or old alike and today may be the last chance you get to hold your love one tight....


So if you’re waiting for tomorrow why not just does it today? For if tomorrow never comes, you will surely regret the day that you didn’t take the extra time for a smile, a hug or a kiss and you were too busy to grant someone what turned out to be their one last wish.....

So hold your loved ones close today and whisper in their ear, tell them how much you love them and that you will always hold them dear.....

Take time to say ‘I’m sorry’, ‘please forgive me’, ‘thank you’ or ‘its okay’, and if tomorrow never comes, you will have no regrets about today....

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Sohbi abadan abada..^_^

Sohbi abadan abada..^_^

memori di singapura..

memori di singapura..
restoran ayam penyet AP=)

Rakan di smktm=)

Rakan di smktm=)

Memori bersama MPM...

Memori bersama MPM...
malam konvokesyen=)

..wiSh u All..