~__~

Tinta penulis

Tinta penulis
Penulisan ini hanyalah perkongsian semata-mata.. diharapkan agar maklumat yang dikongsi dapat menjadi salah satu usaha dakwah =) biiznillah..

Penawar HAti..

Penawar HAti..
Kadang2 menguji kesabaran jugak=) huhuhu~~

cinta utama...

cintai nabi kita... Muhammad...

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Keindahan Alam..

Keindahan Alam..

Friday, July 25, 2008

coretan hidupku....

Nama saya Nor Hani binti kamal... berusia 19 tahun pada 28 Julai 2008, insyaAllah.. hehe.. lahir di Melaka dan dibesarkan juga dalam negeri bersejarah ini... saya mempunyai 5 orang adik beradik yang sangat saya sayangi dan alhamdulillah mempunyai ayah dan ibu yang masih sihat sejahtera... ayah saya diberi nama Kamal B Yahaya berusia 42 tahun pada 31 mac 2008 yang lepas dan ibu pula diberi nama NorLela Bt Ahmad yang akan menjangkau umur 42 tahun insyaAllah pada 13 Disember 2008... Saya mempunyai seorang adik perempuan yang berusia 16 tahun.. namanya Nur syuhada bt Kamal yang lahir pada 29 februari 1992... hoho, tahun ganjil.. sangat sedih untuk dia sebab hanya 4 tahun sekali sahaja tarikh lahirnya akan muncul di kalender... Seterusnya ialah adik lelaki yang pertama iaitu Ahmad Kasyidi b Kamal yang akan menyambut tarikh lahirnya pada 24 oktober 2008, diikuti adik lelaki kedua iaitu Mohd Muaz Syafie b Kamal yang juga akan menyambut tarikh lahirnya pada 24 september 2008.... InsyaAllah..
Akhir sekali ialah adik lelaki bongsu yang baru sahaja berusia 5 tahun dan sedang belajar di tadika pasti al ikhwan seperti abang-abangnya... comel tau dia pakai baju sekolah die...hehe... nama budak comel ni ialah Ahmad Naim Solehin B Kamal yang lahir pada 2 Mac 2003.. akhir kata... hani sangat sayang keluarga hani... dan sangat berharap kami akan bersama-sama hingga ke syurga yang kekal abadi... next time sambung lagi.. insyaAllah...

Wednesday, July 23, 2008

sebuah kehidupan yang berwarna...

salam ketenangan penuh syahdu...
Hani masih mencari erti sebenar ritma kehidupan.... namun, hani sangat bersyukur kerana Allah memberi warna-warna kegembiraan dalam hidup hani... Allah menmberi nikmat islam yang sangat besar hikmahnya... hani juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat menyayangi... Ayah, ibu, syuhada, syidi, muaz dan adik yang paling comel, naim... semakin hari hani semakin belajar untuk menerima segala pahit, getir hidup dan pengorbanan sebagai ujian Allah untuk memberi hambaNya suatu pengajaran yang amat bermakna...

sungguhpun air mata sering mengalir, namun hati tetap bersyukur... hani semakin memahami konsep redha yang sebenar... segala ujian, akan hani hadapi dengan penuh kesabaran... InsyaALLAH...
kehadiran keluarga dan sahabat di sisi hani, mengajar hani erti kasih sayang... hani perlu bersyukur!!!!!!!

DEAREST FRIEND...




Leave something for friend... never leave friend for something.. because in life, something will leave u but friend will always live with you.. InsyaAllah...

"Tiada suatupun yang dimiliki oleh seorang insan selepas nikmat islam selain teman yang soleh...
apabila kamu dapati kewujudan kasih-sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh..."

_Umar R.A

Buat teman-temanku sayang....

wahai teman:
Tidak ada kebaikan pada dirimu jika kamu tidak mempunyai maruah, bijaksana, dan mulia diri... kamu dikira mulia jika kamu mempunyai cita-cita dan perjuangan hidup yang mulia... sebaliknya kamu dikira orang yang penakut jika kamu tidak berjuang untuk ketiggian agama, bangsa dan negara...
wahai teman:
kamu adalah bunga bangsa, agama dan tanah air... letakkan dirimu di tempat yang wajar dan mulia... sesungguhnya setiap insan itu tidak terlepas dari kesalahan dan dosa kecuali para Nabi dan Rasul yang terpelihara dari dosa-dosa... oleh itu kalaulah kamu membuat kesalahan/dosa maka segeralah bertaubat nasuha mohon ampun kepada Allah, Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat dan insaf...
Temanku:
jangan sesekali kamu menjadi hamba hawa nafsu dan tipu daya syaitan yang dimurkai Allah. Ingatlah bahawa kaya seseorang itu bukanlah pada harta yang bertimbun-timbun dan bukanlah keaiban dan kehinaan seseorang itu dengan kemiskinannya, tetapi sebenar-benar kehinaan dan keaiban seseorang itu ialah ketiadaan maruah dan sopan-santunnya...
Jika kamu mahukan kemesraaan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. jika kamu merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah kamu betapa peritnya berpisah denganNya...
wallahu a'lam

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Sohbi abadan abada..^_^

Sohbi abadan abada..^_^

memori di singapura..

memori di singapura..
restoran ayam penyet AP=)

Rakan di smktm=)

Rakan di smktm=)

Memori bersama MPM...

Memori bersama MPM...
malam konvokesyen=)

..wiSh u All..