~__~

Tinta penulis

Tinta penulis
Penulisan ini hanyalah perkongsian semata-mata.. diharapkan agar maklumat yang dikongsi dapat menjadi salah satu usaha dakwah =) biiznillah..

Penawar HAti..

Penawar HAti..
Kadang2 menguji kesabaran jugak=) huhuhu~~

cinta utama...

cintai nabi kita... Muhammad...

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Indahnya ciptaan Allah SWT..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..

Keindahan Alam..

Keindahan Alam..

Sunday, March 28, 2010

Saturday, March 27, 2010

selamat hari lahir buat ayah=)


sebaris penghargaan buat ayah^_^
tanggal 30 mac 1967 ayah dilahirkan... moga ayah dipanjang dan diberkati umur=)
terima kasih atas segalanya..
moga Allah memberi kebahagiaan dalam hidup ayah didunia hingga akhirat^_^
~wuaha, syahdunya...

ketika kejauhan masihku rasa
hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi
semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati.....

Friday, March 26, 2010

MahaR CiNtA


salam... huhu, dah lama kesah ni berlalu..tapi nak share jugak!!!

cam tak sangka dapat jumpa secara live dengan deevotees kat karnival 1 kuim ari tu..huhu, tahniah kepada semua yang terlibat... sangat suka lagu2 yang dinasyidkan mereka... mahar cinta dan tika dinihari=)
Moga Industri nasyid tanah air kan terus maju untuk menyampaikan dakwah menerusi lagu2... tapi berjaga2... jangan terbabit dengan budaya hindonisma k=)<3

Friday, February 19, 2010

..dialog CiNtA..


Kami tidak berzina!

"Maaf saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina. "
Kami hanya berbual-bual, berbincang..bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

"Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidakberniat kearah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpelangaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemahmenghadapi tipu daya iblis."

Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon!

"Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka.Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepadasuatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah ituakan membawa kepada penzinaan akhirnya?"

Takkan nak berbual-bual pon tak boleh?Itupun zina ke?

"Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman. (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan."

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)

"Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hyambaNya. Kita belajar nakkan keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orangberilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat."

Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid. Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.(bagi kes berdua-duaan sahaja)

"Study group….?Nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group brdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran.?Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran,yang lain tu………banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!"

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!

"Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrahmanusia.
Kami berdua sama-sama belajar. Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis.Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula."

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta?

"Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (senseof belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. JAngan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu."

Tentu ada cinta secara islam.

"Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta sucidan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatuperkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelumkahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari duaorang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. "

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan.?

"Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudianberbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. KAsihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! "

Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!

"Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang."

Jadi manusia tidak tahan diuji?

"Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok khuldi.(jika kamumenghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa."

Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.

"Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masingberlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang ujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan eperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam.
tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. JAdi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. "

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

"Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah.Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya? "

Tanya sikit….adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke??Ganti bercinta

"Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina."

Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?

"Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. CIntanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan olehAllah taala."

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

"Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman : Lelaki berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yangberiman.(surah An-Nur:3) "

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah
bercinta.Tidakkah itu penghinaan dari Tuhan?Jadi orang yang pernah bercinta hanya layak dengan orang yang pernah bercinta juga?

"Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik."

Kami telah berjanji sehidup semati!

"Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah/?Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Merekahanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulangsehingga menjadi pepatah."

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

"Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki."

Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak ada dalam syariat)

"Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh testdrive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung., bawalah ke hulur ke hilir.Sedihkan. Itulah hakikatnya."

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

"Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemusuatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya( yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)"

Bagaimana kami?

"Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya."

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

"Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat, Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yangmenjurus ke arah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yangbernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin
semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. "
Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.

Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima
taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku dari kecil dengan
kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu
ini berdosa…Amin yarabbal alamin…

"moga Allah terima taubatmu. Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana! Ya Allah bantulah mereka. Kinimereka datang ke pintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka. " ^_^

Tuesday, February 16, 2010

kiasan "seorang ukhti"...




dENgAn nAmA AllAh Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang...

Saat ini, entah mengapa ada satu semangat yang mendesak jari jemari menaip coretan ini untuk dikongsikan... inginku menceritakan sebuah kisah kehidupan... kisah ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia, insyaalllah...
ini kisah hidup seorang ukhti.. kisah ini banyak mencoret tentang si ukhti... kerana ini kisah ukhti... saat ukhti melangkah ke dunia yang baru, dunia pengajiannya...ukhti menemui sebuah kehidupan baru dalam perjalanan hidupnya... ukhti percaya, semua orang punyai cerita sendiri... so do I (detik suara hati ukhti). ukhti hanya berhajat untuk menceritakan mengenai TIGA rasa.. TIGA rasa ini disimbolikkan dengan tiga jenis makanan :

1. RASA COKLAt
2. RASA PETAI
3. RASA CILI PADI

COKLAT...
rasa coklat mula dirasai apabila ukhti menemui sahabat2 yang amat menceriakan... pelbagai rupa dan lagaknya.. ukhti merasakan bahawa ia amat gembira.. gembira kerana ukhti punyai rakan yang sama2 tertawa... ukhti gembira kerana ukhti punyai rakan untuk berkongsi cerita... dia sangat berpuas hati... dia rasa dihargai dan disayangi... tidak pernah ukhti merasai ada insan lain yang menjaga kepentingan dirinya.. rasa gembira ini boleh diibaratkan seperti ukhti sedang meniti sebuah jambatan pelangi, dikelilingi tasik indah... tenang benar hatinya.. ukhti sudah jatuh hati.. jatuh hati pada sebuah ukhuwah... barangkali inilah kali pertama ukhti merasai betapa indahnya sebuah persahabatan.. ye, inilah persahabatan yang ukhti idam2kan selama ini (detik hati ukti dengan lakaran senyum di bibirnya...)

"kiasan hidup, ibarat roda, kekadang di atas, di bawah, di atas semula"
terngiang2 lirik lagu ini ditelinga ukhti apabila ukhti memakan petai2 yang dilihatnya sangat menyelerakan... ukhti memang menggemari ulam2.. melihat kepada petai yang dikunyah ayah ukhti berderap2, ukhti lantas mencapainya lalu disuap ke dalam mulut berserta nasi yang dikepul dengan jari ukhti... allahuakbar, rasa tak seindah rupa.... kecewa.. ukhti kecewa.. petai yang dilihat sungguh segar rupa2nya pahit dan kelat.. melihat reaksi ukhti, ayah lantas berkata "sebuah kepahitan akan jadi kebiasaan seandainya kita merasai berulang2 kali. malah petai itu berkhasiat walaupun hasilnya menyakitkan...
menyakitkan hidung insan yang menghidu baunya..huhu..(gelak ayah).. minda ukhti melayang... mengenangkan inilah pahitnya disaat kehendak tidak lagi dipenuhi.. dalam berukhuwah, kadang kala ada pincangnya... gaduh dan berbaik semula...
rasa kecewa ini, jika tidak dibendung, mampu membunuh sebuah jiwa...
pedas..pedas... cili padi yang kecil itu sungguh pedas... ukhti sudah bosan dengan lauk yang sama setiap hari.. kali ini ukhti nekad untuk makan nasi berserta sambal belacan yang ditumbuk dengan cili padi semata2.. fuhhh... pedas giler.. meleleh2 air mata dan hidung menahan rasa pedas... sssssss...ssssssss lidah ukhti dianginkan... sekarang ukhti berfikir, adakah ia akan berhenti memakan sambal belacan itu atau ukhti akan tegar menghadapi kepedasan itu? fikirannya melayang sebentar... beginilah ukhti menangis sendirian... sedih hatinya apabila satu hari, ukhti berkecil hati dengan rakan2 yang disayanginya... cengengkah hatiku(detik hati ukhti apabila ukhti menangis kerana kecewa dengan rasa petainya.. kini petai itu rasanya seperti cili padi) ukhti tidak nampak lagi tasik indah... perasaannya sekarang ibarat ukhti melihat kucing dilanggar mati di tengah2 jalan raya, sedihnya dia... (tabahkan hati) genggam jari jemari lalu menepuk bahu kirinya) ukhti bukan tidak mahu memahami keperluan dan kepentingan insan lain... tapi mungkin selama ini ukhti menelan rasa kecewa apabila berkali2 ukhti ditinggalkan dalam keadaan yang susah, kali ini, walaupun ada sebab khas dan penting, ukhti tidak mampu menahan sabar lagi...ukhti mengaku salah...muhasabah.. mungkin ukhti pernah melakukan ini dan ia berbalas kepada ukhti? ukhti tidak mengingatinya...mungkin ukhti tidak sedar ukhti pernah mengecawakan insan lain... namun ukhti tidak mampu...tidak mampu menahan pedas... rasa ingin benamkan lidah didalam air gula... rasa ingin memakan segunung ais untuk bertahan... sakit.... ukhti tidak boleh memaksa... dan tidak mampu memaksa dirinya juga.... entah bagaimana dia mahu menyembuhkan luka yang tertera akibat terlalu kecewa... mungkin ukhti bersalah, atau memang salah... wallahualam entah salah siapa... ukhti senyap...tertidur di atas meja makan dengan sambal belacan yang masih berbaki di pinggannya... ukhti kini di pantai, merenung langit dan lidahnya menyebut (aku redha ya Tuhan....) dunia ini tiada kesempurnaan, dunia ini tidak sepenuhnya membahagiakan... hamba perlu bersedih..perlu...kerana saat sedih itu, hatinya dekat, akrab mengingati Tuhan... Allah swt sukakan rintihan hambanya... ini kasih sayang Tuhan... subahanallah...
bersambung....(hanya dalam diari ukhti)

Sunday, February 14, 2010

jatuh cinta



bismillahirrahmanirrahim...
Sejak pertama kali try makan... erm rasanya cam biasa je... ada rasa mual cikit... mungkin tak biasa... tapi tu la, bila ku amati rasanya, wuaha, enaknya...yum2..

saat ini rasa amat rindu nak makan nasi kerabu.. lagi2 yang manje belikan kat pasar malam hari tu... aish, sabar2, nasi ulam ini akan kutemui juga.... alhamdulillah, hani semakin suka makan sayur sejak makan nasi kerabu=) tak caye? cuba....
^_^

Pernikahan...




salam...
urm, dah agak lama berlangsungnya majlis pernikahan kakak saudaraku ini...
mulanya amatlah rasa letih nak ke Masai untuk hadirkan diri ni ke situ...
tapi tak boleh tak pergi.. wajib=) hehe...
sampai je umah pak cik, terkesima jap tengok pelamin ia....
wuaha,
ringkas dan cukup cantik.....
nampak bersih dan nyaman...
huhuhu....
moga kak lin bahagia di samping suaminya... amen...=)
barakallahufik...^_^

Tuesday, January 19, 2010

Persahabatn ini takkan hilang kerana kejauhan..=)


Salam muhasabah=)
Sedar atau tidak, perjalanan kami di kuim sudah berada di langkah yang berhampiran dengan sebuah perpisahan... hani, ana dan syairah..@nini@nana@rara.. huhu, sedihnya hati bila fikir kami bakal konvo dan berpisah.. takut ini adalah perpisahan yang tiada pertemuan lagi... mungkin kami sudah mengikut jalan masing2... dan mungkin kami akan malu untuk bermesra setelah sekian lama tidak bertemu.. kalian juga mungkin bakal peroleh sahabat baru...
tapi bagi hani, kalian sahabat terbeeeeeessssst sekali...^_^
manje tetap sahabat dan sepupu, ukhwah kami insyaAllah akan abadi.. nak2 bila manje nak nikah nanti..hehe, tak sabar saya=)
tak lupa pada warga dpik semua... dan warga mpm yang menerima diri hani seadanya.. syukran yeps atas kerjasama... dah2 tata, nak nanges jap=(

Saturday, July 04, 2009

..terus aku mendongak ke langit dengan hati yang yakin bahawa Allah menyaksikan kesedihan ku menghadapi kebencian manusiA... ALLAHUAKBAR='(

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
...salam penuh duka...
Demi Allah yang menciptakan diri ini, ampunkan aku yang hina ini ya Allah, sekadar wadah perkongsian buat akhwat dan ikhwan yang mengenaliku... moga ujian ini dapat mengajar aku sesuatu.. bukan kehendakku untuk mencari kebencian mausia..
saat ini, ketika ini, hati sering menangis sendiri.. puas sudah hati menahan agar air mata tidak mengalir deras... Allahuakbar...
aku goyah dengan ujian "dibenci manusia"...hanya kerana mereka mendengar cerita dari sebelah pihak, adakah sudah cukup untuk mereka punyai kuasa untuk menghukum, menjeling hani penuh benci??? undang2 apa yang mereka pegang? lagi menyedihkan apabila akhwat yang pernah menjadi sahabat turut terpengaruh dengan cerita tanpa bertanya kepada hani...
menangis bukan tanda diri hani lemah!! bukan "mengada2" seperti insan mulia itu perkatakan.. namun, ia satu pengubat untuk membakar duka ini..
buat semua pembaca, seandainya kalian mendengar sebarang kisah buruk tentang diri ini, maka satu permintaan dari hani, tolong siasat dan kajilah kisah itu... puas hani usaha membela diri, tapi dituduh menafikan...dituduh "tidak mengaku" hanya kerana seorang lelaki yang hani anggap sebagai sahabat, hani difitnah sejauh ini... hanya kerana
'cinta suci' yang diagungkan oleh pihak itu, banyak tali siraturrahim digoyahkan... subahanallah..mulia sungguh hati kalian kerana 'kesiankan' sebelah pihak, kalian bermusuh dengan hani tanpa siasat.. terima kasih buat si dia yang menyebar cerita.. jika hani mahu, hani boleh menjaja cerita sebenar disebalik semua ini... diam hani sekadar satu "sabar" yang hani cuba pertahankan... hani berusaha menjaga aib kamu wahai sahabat yang menyebar cerita.. terlalu banyak kisah tentang kamu yang hani simpan...
terlalu banyak hati yang hani perlu jaga... tapi hani pasrah... kamu merawat hati kecewa kamu dengan menjatuhkan hani...dengan mengungkit segala2nya.. dengan 'kesiankan diri kamu'? tapi ketahuilah, hakim hani bukan di dunia yang penuh penipuan ini.. Allah lah yang MAHA ADIL LAGI BIJAKSANA.. HANYA DIA MENGETAHUI SETIAP SESUATU DAN BERHAK MENGHUKUM MANUSIA... RENUNG2KAN, Moga hati kamu tenteram dengan semua ini wahai 'penyebar cerita'.. kerana hani tidak pernah memusuhi kamu... hani juga seorang perempuan... hani tidak sesekali berniat menganiaya seorang muslimah lain untuk kepentingan hani... jika hani mahu, lama sudah hani lakukan... tapi bukan ikhwan yang kamu cintai itu... hani punyai kisah sendiri yang tidak berkaitan dengan kamu...
terima kasih tidak terhingga buat sahabat yang bertanya dan siasat hal ini.. hani tidak mampu memaksa kalian mempercayai hani..tapi kalian punyai hati dan fikiran untuk mempertimbangkan segala yang berlaku.. dan hani sangat minta maaf pada sahabat yang setia bersama hani.. sayu hati bila kalian yang rapat dengan hani turut terkena palitan benci insan itu dan kaumnya.. manisnya ukhwah sangat hani rasai apabila kalian disisi disaat hani jatuh dan diuji.. moga Allah merahmati kalian..salam muhasabah...

Thursday, June 04, 2009

love fruit??^_^





salam riang^_^
kali ni hani nak share dengan kalian berkaitan khasiat srawberi.. urm.. nyam2..
Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi. emm... hani minat jugak makan strawberi ni..cuma jarang dapat peluang mamam ia banyak2..hehehh=P

Sunday, May 31, 2009

jOdOh aDa 3?? hmm...


katanya,


jodoh ada 3,

pertama ialah jodoh dari syaitan di mana apabila seorang lelaki dan seorang perempuan bercinta, saling memegang tangan, bermesra dan akhirnya berzina lalu mereka berkahwin... maka itu adalah jodoh dari syaitan...


ke dua ialah jodoh dari jin iaitu apabila seorang lelaki sukakan seorang perempuan, ia menggunakan ilmu hitam, mengupah bomoh dan sebagainya, lalu perempuan tersebut menerima dan dinikahi, maka itu adalah jodoh dari jin...


ke tiga ialah JODOH DARI ALLAH iaitu apabila seorang pemuda sukakan seorang perempuan, dipinang dengan cara yang baik, dinikahi maka itulah yang dipanggil 'syurga cinta'...


yang mana yang ingin kita peroleh?

wallahualam..(^_^)

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Beriadah bersama sahabat seperjuangan

Sohbi abadan abada..^_^

Sohbi abadan abada..^_^

memori di singapura..

memori di singapura..
restoran ayam penyet AP=)

Rakan di smktm=)

Rakan di smktm=)

Memori bersama MPM...

Memori bersama MPM...
malam konvokesyen=)

..wiSh u All..