"Sesungguhnya, setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah"(~_~)
Tinta penulis
Penulisan ini hanyalah perkongsian semata-mata.. diharapkan agar maklumat yang dikongsi dapat menjadi salah satu usaha dakwah =) biiznillah..
Penawar HAti..
Kadang2 menguji kesabaran jugak=) huhuhu~~
Indahnya ciptaan Allah SWT..
Allah bersamaMu
Renungilah setiap ciptaanNya bagi mengetahui keagunganNya..
Keindahan Alam..
Friday, March 26, 2010
MahaR CiNtA
Friday, February 19, 2010
..dialog CiNtA..

"Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidakberniat kearah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpelangaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Tabrani). Kita lemahmenghadapi tipu daya iblis."
Tidak semestinya semua orang bercinta menjerumus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS saja. Tidak pernah bersua muka pon!
"Betul. Tapi itu adalah sesuatu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka.Tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepadasuatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah ituakan membawa kepada penzinaan akhirnya?"
Takkan nak berbual-bual pon tak boleh?Itupun zina ke?
"Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan mata berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki berzina dan zinanya adalah menuju tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman. (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan penzinaan."
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja*(bagi kes belajar berdua-duaan sahaja)
"Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hyambaNya. Kita belajar nakkan keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagilah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orangberilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat."
Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat rakib dan atid. Sungguh! Berbincang pelajaran sahaja! Ni study group.(bagi kes berdua-duaan sahaja)
"Study group….?Nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group brdua saja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni, betul ke bincang pelajaran.?Jangan-jangan sekejap saja berbincang pelajaran,yang lain tu………banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!"
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran!
"Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah fitrahmanusia.
Kami berdua sama-sama belajar. Study group.Saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis.Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula."
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri bercinta?
"Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (senseof belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud dalam diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak menyuruh membunuh naluri seperti yang dilakukan paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong ada diri sendiri. Bukan salah atau berdosa jika perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu dan patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. JAngan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu."
Tentu ada cinta secara islam.
"Cinta secara islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab Kabul, cinta selepas kahwin.Itulah cinta sucidan kudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan islam. Apabila islam menegah sesuatuperkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelumkahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut dari duaorang yang saling mencintai kecuali nikah.(ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. "
Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan.?
"Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudianberbual panjang hingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin. Baru semalam, bukankah mereka sudah hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan. KAsihanilah diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! "
Masih ramai orang bercinta tetapi tetap selamat tidak berzina. Kami tahan diuji!
"Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang."
Jadi manusia tidak tahan diuji?
"Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok khuldi.(jika kamumenghampirinya)maka kamu adalah orang-orang yang zalim.(al-Araf:19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan adalah dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa."
Tetapi cinta selepas berkahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum membuat keputusan berkahwin.
"Bolehkah percaya dengan perwatakan semasa bercinta? Bercinta penuh lakonan dan kepura-puraan. Masing-masingberlakon dengan watak terbaik. Penyayang, pemurah, penyabar dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yang ujuk. Jangan harap selepas kahwin, bila merajuk akan ada orang yang pujuk. Banyak orang tertipu dan kecewa dengan eperibadian orang semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang penyayang, penyabar…sanggup tunggu pasangan berjam-jam.
tapi bila dah kahwin, lewat lima minit dah kena tengking. JAdi perwatakan semasa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. "
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
"Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan hanyakepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mendapatkan kebahagiaan tidak diredhai Allah.Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga bahagia jika langkah mula sudah canggung, bagaimanakah kesudahannya? "
Tanya sikit….adik angkat, abang angkat, kakak angkat, boleh ke??Ganti bercinta
"Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya tetap sama. Adik angkat, abang angkat, kakak angkat, adalah satu bentuk tipu daya syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa dikorbankan. Namakan apa saja sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semua adalah sama. Jalan akhirnya tetap akan bertemu zina."
Jadi seolah-olah orang bercinta telah hilang maruah diri?
"Mengukur maruah diri bukan ditentukan manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. CIntanya ditumpah kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan olehAllah taala."
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
"Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman : Lelaki berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan berzina pula tidak ingin berkahwin kecuali dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan demikian terlarang kepada orang-orang yangberiman.(surah An-Nur:3) "
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai berkahwin dengan orang yang tidak pernah
bercinta.Tidakkah itu penghinaan dari Tuhan?Jadi orang yang pernah bercinta hanya layak dengan orang yang pernah bercinta juga?
"Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik."
Kami telah berjanji sehidup semati!
"Apa ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah/?Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Merekahanya menunggu peluang keemasan saja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulangsehingga menjadi pepatah."
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
"Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan ibu anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki."
Jadi, perempuan yang bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak ada dalam syariat)
"Tentu. Mana ada lelaki normal suka pada barang second hand sedangkan barang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh testdrive. Ada pula yang kata, sekadar sepinggan mee goring dan segelas sirap bandung., bawalah ke hulur ke hilir.Sedihkan. Itulah hakikatnya."
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
"Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlahnya kecil. Mereka akan bertemusuatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah : Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya dan orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya( yang memelihara diri dari melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (surah Al-Ahzab:35)"
Bagaimana kami?
"Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya."
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
"Taubat yang murni. Taubat sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat : Tinggalkan perbuatan maksiat, Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk yangmenjurus ke arah percintaan. Berazam. Bertekad dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali yangbernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab Kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum kahwin
semakin hambar dan kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri. "
Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima
taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan
akhlak mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku dari kecil dengan
kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambaMu
ini berdosa…Amin yarabbal alamin…
Tuesday, February 16, 2010
kiasan "seorang ukhti"...



Sunday, February 14, 2010
jatuh cinta


Pernikahan...

Tuesday, January 19, 2010
Persahabatn ini takkan hilang kerana kejauhan..=)

Saturday, July 04, 2009
..terus aku mendongak ke langit dengan hati yang yakin bahawa Allah menyaksikan kesedihan ku menghadapi kebencian manusiA... ALLAHUAKBAR='(
Thursday, June 04, 2009
love fruit??^_^



kali ni hani nak share dengan kalian berkaitan khasiat srawberi.. urm.. nyam2..
Sunday, May 31, 2009
jOdOh aDa 3?? hmm...

Wednesday, May 20, 2009
Tengok hani dah kena!! tapi saya belajar dari kesilapan=)


kasut tu ada lapisan 3 titik seperti rajah di atas???
Secara mudahnya, barangan yang diperbuat dari kulit babi mempunyai tanda yang amat senang kita kenal pasti. Namun ianya memerlukan satu tindakan yang agak rumit kerana anda perlu membelek-belek terlebih dahulu sebelum menemui tanda-tanda tersebut. Kesan "TIGA-TITIK" merupakan "bekas" bulu babi yang memang bertompok tiga titik seolah-olah membentuk tiga segi di keseluruhan tempat yang mana ianya tidak terdapat pada kulit binatang lain seperti lembu. kambing, kuda dan pelbagai kulit binatang halal yang lainnya.
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu.
2. Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4. kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.
Tuesday, May 12, 2009
..ISU DARA???..

Apakah Ia Penting?
Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.
Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana,selain isu social, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam iaitu perkahwinan.
Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.
Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
Dalam kehidupan realiti , bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis , lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar.Lelaki-lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber-sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semetinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek-aspek lain ( seperti kemalangan atau sakit ) yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. kita seharusnya melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan , isu dara maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan ( zina ) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.
Isu ini adalah isu sosial ; bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.
Ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat ( generasi muda ) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.
Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.
Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakt timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara ( sudah melakukan hubungan seks ) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat-saat akhir ( seperti kepada tunag atau suaminya ). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun – dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita ( woman ) bukan lagi anak-anak perempuan ( girl ). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.
Secara sedar atau tidak apabila unsur-unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kta kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?
Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
Rasanya kita semua sedia maklum. Wallahualam...
Hidup ini merupakan sebuah perjalanan di mana dalamnya merupakan medan pertempuran..
Beriadah bersama sahabat seperjuangan
Sohbi abadan abada..^_^
memori di singapura..
restoran ayam penyet AP=)
Rakan di smktm=)
muslimah..
Memori bersama MPM...
malam konvokesyen=)


